Wednesday, August 10, 2011

PELANCARAN EVOLUSI

Satu lagi kejayaan telah dicipta, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber SMKTM telah menerbitkan majalah Evolusi. Penerbitan ini telah berjaya memberi peluang kepada para pelajar dalam bidang editor dan kewartawanan. Pasukan Evolusi ini adalah hasil bimbingan En Izi Nasuriddin, Pn Komala dan 
Cik Rahmah. 

Para pelajar dapat melahirkan idea mereka dalam penghasilan karya dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri berdepan pelbagai situasi.

Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber, Guru Penasihat , para pelajar serta Sidang Evolusi 2011