Friday, October 19, 2012

OH MY ENGLISH

Panitia Bahasa Inggeris SMKTM telah bekerjasama dengn ASTRO bagi menjayakan program OH MY ENGLISH.. Aktiviti telah membuka ruang kepada pelajar untuk menguasai bahasa inggeris dengan mudah..

Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris dan ASTRO

Tuesday, October 9, 2012

PMR 2012

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PMR 2012

SEMOGA KALIAN DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG SETERUSNYA MENCAPAI 

KEPUTUSAN CEMERLANG BAGI MENINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN SMKTM...

Monday, April 16, 2012

PERASMIAN SEKOLAH DALAM TAMAN

Perasmian sekolah dalam taman adalah bertujuan untuk menghidupkan keindahan sekolah sebagai sumber maklumat. Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pengetua SMKTM Encik K.Tamilvanthan.

Penyerahan pokok-pokok bunga adalah sebagai simbolik perasmian.
Selain itu, pihak pusat sumber juga menganjurkan aktiviti kitar semula yang menggalakkan pelajar menghasilkan sesuatu menggunakan barangan terpakai.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada piahk-pihak yang tyerlibat

Monday, April 9, 2012

PERASMIAN KARNIVAL PUSAT SUMBER & MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Alhamdulillah kerjasama antara Pusat Sumber SMK Taman Molek dan Panitia Sains dan Matematik telah dapat menjayakan karnival Pusat Sumber & Minggu sains dan Matematik.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan pelajar. antaranya ialah Saintis muda, kuiz, pencarian tokoh NILAM, pembaca buku terbanyak, kuiz Pusat sumber dan banyak lagi..

tahiniah diucapkan kepada semua yang terlibat

Sunday, April 1, 2012

TAHNIAH

tahniah diucapkan kepada PSS kerana telah mendapat tempat ke3 dalam pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri JOHOR...
tahniah diucapkan kepada semua warga PSS...warga SMKTM yang banyak memberikan sokongan...

Saturday, March 24, 2012

karnival bahasa melayu

bermula pada 22- 24 mac yang lalu..
SMKTM telah menghantar beberapa orang wakil ke pertandingan
1. perbahasan
2. forum remaja
3. berbalas pantun
4. pidato
5. bicara berirama
setiap latihan dijalankan di PSS SMK Taman Molek..
dengan sokongan sekolah dan PSS..
peserta SMKTM telah berjaya melakar sejarah dengan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan forum remaja..separuh akhir perbahasan ala parlimen...suku akhir pantun dan tempat kelima bicara berirama...
tahniah diucapkan dan sekalung perhargaan untuk PSS SMKTM

Tuesday, February 28, 2012

PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI 2012
SARINGAN PERINGKAT KEDUA

29 FEBRUARI 2012

Sunday, February 26, 2012

PELANCARAN NILAM 2012

Pada 24 Februari 2012..PSS Taman Molek telah melancarkan Program NILAM bagi sesi 2012..
Pelancaran telah dirasmikan oleh Tn Pengetua SMK Taman Molek..En K.Tamilvanthan...
Bertempat di Dataran SMK Taman Molek...

ATURCARA MAJLIS
1)      BACAAN DOA ( SAUDARA MOHD ASYRAF BIN ZAINI (5SC3)
2)      UCAPAN PENGERUSI (CIK RAHMAH)
3)      PENGETUA MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MELANCARKAN PROGRAM  NILAM
4)      GIMIK NILAM GURU ( SIMBOLIK PENYERAHAN BUKU NILAM GURU)
-         PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA PUAN MAIMUNAH.
       5)   GIMIK NILAM PIBG ( SIMBOLIK PENYERAHAN BUKU NILAM  LENTUR BULUH  BIAR DARI REBUNG)
-         PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG
6)    SIMBOLIK PENYERAHAN BAUCER KEPADA KOPERASI
-         PUAN NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA CIK MIMI IZEANTI
7)     PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PEMBACA BUKU TERBANYAK
-          NURHASYIMA 5SC1 (980 BUAH)
-          LIM MEI ROU 5SC1 (430 BUAH)
-          NURFAIZATUL HUDA  5T2 ( 250 BUAH)
8)     PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM 2011
-        NURHASYIMA 5SC1( Tempat Ketiga Tokoh Nilam Peringkat daerah)
9)     PENYAMPAIAN SIJIL GURU    


Monday, February 20, 2012

BERJAYA KE PERINGKAT SETERUSNYA

alhamdulillah, PSS Taman Molek berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya....
terdapat banyak penambahbaikan perlu dijalankan...semoga PSS lebih mantap dari sebelum ini....
pemantauan kali kedua dijangka akan berlangsung pada 29 Februari 2012,
diharap semua guru PSS dan guru SMK Taman Molek dapat melakukan yang terbaik ;-)

Wednesday, February 15, 2012

PEMANTAUAN PSS CEMERLANG

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
semua guru PSS dapat pengalaman yang begitu berharga..
semoga apa yang diperolehi daripada pengalaman ini..akan digunakan bagi penambahbaikan pss agar lebih maju dan seiring dengan pss yang lain..

 SESI TN PENGETUA MEMBENTANGKAN LATAR BELAKNG SEKOLAH DAN PSS

 RUMUSAN PEMANTAUAN (POST MOTERM)

 GPK 1, PN MAIMUNAH, MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PANEL

TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU YANG BANYAK MEMBERI KERJASAMA, TANPA KERJASAMA TIADA KEJAYAAN YANG AKAN TERHASIL...TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA...

Saturday, February 11, 2012

PEMANTAUAN PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI BANDAR

Pada 15 Feb 2012, PSS SMKTM telah dipilih menyertai PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI BANDAR.

diharapkan, segala usaha yang telah dijalankan selama ini akan membuahkan hasil...

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PEMANTAU....



Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Pasir Gudang 2012

SMKTM telah menghantar 2 orang tokoh nilam ke pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Daerah.
salah seorang peserta telah mendapat tempat ketiga iaitu saudari Nurhasyimah
tahniah diucapkan



Pelancaran NILAM 2012

2 FEB 2012 (Khamis)
Pelancaran NILAM peringkat sekolah 2012
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan amalan membaca


Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI KE PSS

Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Kembali ke SMKTM
Selamat Kembali ke PSS SMKTM


kepada Guru-guru PSS tahun 2012,
selamat kembali dan selamat menjalankan tugas
semoga amanah ini dapat ditunaikan dengan sempurna...


PENAUNG (PENGETUA)

Penaung (pengetua) 

EN K.TAMILVANTHAN



GPK 1

GPK 1

PN MAIMUNAH BT HASSAN


GPM

GPM 

PN NIK MASTURA BT NIK ISMAIL


NILAM
  Pn Tan Shir Li
Cik Rahmah Rahmat (Ajk Blog)


KECERIAAN & KEBERSIHAN
Pn Norashikin
 Pn Norzarita
       Cik Nurul Afiszah

BILIK TAYANG

En Hasanul
Cik Irma Irdawati
En Shahril
En Izi Nasuriddin

PERPUSTAKAAN
Pn Mariana
 Pn Noor Emlia
Cik Oo Shin Thian
 Cik Khadizah
 Pn Siti Suwaidah

AKTIVITI & KEBAJIKAN
Pn Wan Saidatul Maisarah
Cik Khadizah

BULETIN
Cik Irma Irdawati
En Shahril

Friday, December 30, 2011

Penerbitan Majalah ILHAM 2011

PSS SMKTM telah berjaya menerbitkan majalah ILHAM 2011, hasil kerjasama sidang redaksi SMKTM

SIDANG REDAKSI MAJALAH ILHAM 2011

Wednesday, November 30, 2011

JUTAAN TERIMA KASIH

Jutaan Terima Kasih kepada Pengawas PSS SMKTM sesi pagi dan petang yang banyak membantu dalam menguruskan PSS SMKTM. 
Pengawas PSS sesi pagi

Pengawas PSS sesi petang

Wednesday, August 10, 2011

PELANCARAN EVOLUSI

Satu lagi kejayaan telah dicipta, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber SMKTM telah menerbitkan majalah Evolusi. Penerbitan ini telah berjaya memberi peluang kepada para pelajar dalam bidang editor dan kewartawanan. Pasukan Evolusi ini adalah hasil bimbingan En Izi Nasuriddin, Pn Komala dan 
Cik Rahmah. 

Para pelajar dapat melahirkan idea mereka dalam penghasilan karya dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri berdepan pelbagai situasi.

Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber, Guru Penasihat , para pelajar serta Sidang Evolusi 2011

Friday, July 29, 2011

Sistem Pengautomasian



Pss SMK Taman Molek telah menggunakan S-Lib V1001 iaitu Sistem peringkat asas untuk sekolah rendah dan menengah

Pada bulan Mac 2011 PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku.Perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku. Perisian ini telah beroperasi pada bulan Julai. Guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman di Bilik Tayangan PSS SMKTM.
         Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS.  Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
         Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SMKTM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SMKTM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:
       1.  Menambah bilangan komputer.
       2.  Menggiatkan promosi menarik minat pengguna
       3.  Menambah kecekapan Pembantu PSS
       4.  Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.
       5.  Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.

Thursday, July 14, 2011

PAMERAN BUKU

selain menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti karnival dan pertandingan, pihak PSS SMK Taman Molek juga telah menganjurkan npameran buku bagi memudahkan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dengan harga berpatutan. selan itu, para pelajar juga akan terdedah dengan bahan-bahan bacaan terbaru.




Friday, June 17, 2011

PELANCARAN NEWS TALK

Satu lagi kejayaan telah dicipta oleh pelajar-pelajar SMKTM dengan kerjasama PUSAT SUMBER SMKTM..News Letter telah diterbitkan bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bidang penulisan dan kewartawanan..Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn Haslina dan 
Pn Rosetti yang merupakan Guru Bahasa Inggeris SMKTM
majlis dipengerusikan oleh PN HASLINA

Penyerahan tugas kepada editor dan wartawan

news talk

Monday, April 25, 2011

LAPORAN KARNIVAL PSS

Karnival PSS telah dapat dijalankan dengan sempurna. Malah penyertaan daripada pelajar juga amat menggalakkan. Terutama dalam pertandingan membaca berita dan membuat karangan. Ternyata aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya dijalankan untuk para pelajar, selain mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang menjurus ke arah peperiksaan, aktiviti yang boleh mencungkil bakat dan sedikit sebanyak membina tahap keyakinan diri juga wajib diteruskan. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan karnival Pusat Sumber 2011...Tahniah juga kepada adik Zuliana dari tingkatan 5sc1 yang telah dinobatkan sebagai PSS SMKTM IDOL..

Diharapkan pada tahun hadapan, karnival PSS akan lebih mendapat sambutan dan menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang lebih menarik...
terima kasih...




daripada
Rahmah
Cik Rahmah
Pengarah Karnival PSS 2011

Friday, April 8, 2011

KARNIVAL PUSAT SUMBER

PSS SMK TAMAN MOLEK  akan menganjurkan Karnival Pusat Sumber bermula pada 18 hingga 22 April 2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan memberi peluang pelajar ubtuk mencari pengalaman dan menambah ilmu pegetahuan. Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan.



Sunday, April 3, 2011

Pemantauan dari UITM

Pada Bulan Mac yang lepas, PSS SMKTM telah menerima lawatan dan pemantauan daripada pihak UITM.
hasil daripada pemantauan tersebut, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan PSS SMKTM lebih maju dan berkualiti pada masa akan datang.



Saturday, April 2, 2011

TOKOH NILAM 2011

SMKTM telah melahirkan seorang tokoh NILAM yang telah berjaya membaca 1071 buah buku..
beliau juga telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah 2011.

Berikut adalah biodata beliau:

NAMA          : LOSHENE A/P SUNDAR
TINGKATAN       : 4SN 1
TARIKH LAHIR   : 13 APRIL 1994
TEMPAT LAHIR  : JOHOR BAHRU
BIL ADIK BERADIK   : ANAK PERTAMA DARIPADA 2 BERADIK.

PENCAPAIAN PMR 2009    : 5A 2B

PRINSIP HIDUP  : SENTIASA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP, HANYA ILMU BOLEH MENGUBAH HIDUP YANG CEMERLANG.

PENCAPAIAN NILAM ( 2007- 2009 )
TAHUN
TINGKATAN
JUMLAH
BACAAN
PENCAPAIAN
2007 ( 1A2 )
225
EMAS
2008 ( 2A2 )
789
NILAM
2009 ( 3A2 )
1544
NILAM


Tuesday, March 1, 2011

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana Pusat Sumber Smk Taman Molek telah berjaya 
menghasilkan laman blog yang diharapkan dapat memberi pelbagai informasi dan maklumat yang berguna.

Kepada Guru-guru Pusat Sumber SMKTM, diharap dapat menyumbangkan sepenuh tenaga untuk meningkatkan lagi kualiti Pusat Sumber agar seiring dengan kehendak pengguna terutama para pelajar.

Pihak PSS juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke PSS kami dan memberikan komen-komen berguna dan membina demi kebaikan bersama.

akhir kata, 
Selamat Datang Ke Blog Kami,
Harap dapat memberi informasi