Monday, April 25, 2011

LAPORAN KARNIVAL PSS

Karnival PSS telah dapat dijalankan dengan sempurna. Malah penyertaan daripada pelajar juga amat menggalakkan. Terutama dalam pertandingan membaca berita dan membuat karangan. Ternyata aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya dijalankan untuk para pelajar, selain mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang menjurus ke arah peperiksaan, aktiviti yang boleh mencungkil bakat dan sedikit sebanyak membina tahap keyakinan diri juga wajib diteruskan. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan karnival Pusat Sumber 2011...Tahniah juga kepada adik Zuliana dari tingkatan 5sc1 yang telah dinobatkan sebagai PSS SMKTM IDOL..

Diharapkan pada tahun hadapan, karnival PSS akan lebih mendapat sambutan dan menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang lebih menarik...
terima kasih...




daripada
Rahmah
Cik Rahmah
Pengarah Karnival PSS 2011

Friday, April 8, 2011

KARNIVAL PUSAT SUMBER

PSS SMK TAMAN MOLEK  akan menganjurkan Karnival Pusat Sumber bermula pada 18 hingga 22 April 2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan memberi peluang pelajar ubtuk mencari pengalaman dan menambah ilmu pegetahuan. Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan.



Sunday, April 3, 2011

Pemantauan dari UITM

Pada Bulan Mac yang lepas, PSS SMKTM telah menerima lawatan dan pemantauan daripada pihak UITM.
hasil daripada pemantauan tersebut, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan PSS SMKTM lebih maju dan berkualiti pada masa akan datang.



Saturday, April 2, 2011

TOKOH NILAM 2011

SMKTM telah melahirkan seorang tokoh NILAM yang telah berjaya membaca 1071 buah buku..
beliau juga telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah 2011.

Berikut adalah biodata beliau:

NAMA          : LOSHENE A/P SUNDAR
TINGKATAN       : 4SN 1
TARIKH LAHIR   : 13 APRIL 1994
TEMPAT LAHIR  : JOHOR BAHRU
BIL ADIK BERADIK   : ANAK PERTAMA DARIPADA 2 BERADIK.

PENCAPAIAN PMR 2009    : 5A 2B

PRINSIP HIDUP  : SENTIASA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP, HANYA ILMU BOLEH MENGUBAH HIDUP YANG CEMERLANG.

PENCAPAIAN NILAM ( 2007- 2009 )
TAHUN
TINGKATAN
JUMLAH
BACAAN
PENCAPAIAN
2007 ( 1A2 )
225
EMAS
2008 ( 2A2 )
789
NILAM
2009 ( 3A2 )
1544
NILAM