Friday, July 29, 2011

Sistem Pengautomasian



Pss SMK Taman Molek telah menggunakan S-Lib V1001 iaitu Sistem peringkat asas untuk sekolah rendah dan menengah

Pada bulan Mac 2011 PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku.Perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku. Perisian ini telah beroperasi pada bulan Julai. Guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman di Bilik Tayangan PSS SMKTM.
         Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS.  Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
         Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SMKTM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SMKTM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:
       1.  Menambah bilangan komputer.
       2.  Menggiatkan promosi menarik minat pengguna
       3.  Menambah kecekapan Pembantu PSS
       4.  Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.
       5.  Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.

Thursday, July 14, 2011

PAMERAN BUKU

selain menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti karnival dan pertandingan, pihak PSS SMK Taman Molek juga telah menganjurkan npameran buku bagi memudahkan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dengan harga berpatutan. selan itu, para pelajar juga akan terdedah dengan bahan-bahan bacaan terbaru.