Friday, December 30, 2011

Penerbitan Majalah ILHAM 2011

PSS SMKTM telah berjaya menerbitkan majalah ILHAM 2011, hasil kerjasama sidang redaksi SMKTM

SIDANG REDAKSI MAJALAH ILHAM 2011

Wednesday, November 30, 2011

JUTAAN TERIMA KASIH

Jutaan Terima Kasih kepada Pengawas PSS SMKTM sesi pagi dan petang yang banyak membantu dalam menguruskan PSS SMKTM. 
Pengawas PSS sesi pagi

Pengawas PSS sesi petang

Wednesday, August 10, 2011

PELANCARAN EVOLUSI

Satu lagi kejayaan telah dicipta, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber SMKTM telah menerbitkan majalah Evolusi. Penerbitan ini telah berjaya memberi peluang kepada para pelajar dalam bidang editor dan kewartawanan. Pasukan Evolusi ini adalah hasil bimbingan En Izi Nasuriddin, Pn Komala dan 
Cik Rahmah. 

Para pelajar dapat melahirkan idea mereka dalam penghasilan karya dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri berdepan pelbagai situasi.

Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber, Guru Penasihat , para pelajar serta Sidang Evolusi 2011

Friday, July 29, 2011

Sistem Pengautomasian



Pss SMK Taman Molek telah menggunakan S-Lib V1001 iaitu Sistem peringkat asas untuk sekolah rendah dan menengah

Pada bulan Mac 2011 PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku.Perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku. Perisian ini telah beroperasi pada bulan Julai. Guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman di Bilik Tayangan PSS SMKTM.
         Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS.  Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
         Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SMKTM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SMKTM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:
       1.  Menambah bilangan komputer.
       2.  Menggiatkan promosi menarik minat pengguna
       3.  Menambah kecekapan Pembantu PSS
       4.  Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.
       5.  Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.

Thursday, July 14, 2011

PAMERAN BUKU

selain menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti karnival dan pertandingan, pihak PSS SMK Taman Molek juga telah menganjurkan npameran buku bagi memudahkan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dengan harga berpatutan. selan itu, para pelajar juga akan terdedah dengan bahan-bahan bacaan terbaru.




Friday, June 17, 2011

PELANCARAN NEWS TALK

Satu lagi kejayaan telah dicipta oleh pelajar-pelajar SMKTM dengan kerjasama PUSAT SUMBER SMKTM..News Letter telah diterbitkan bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bidang penulisan dan kewartawanan..Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn Haslina dan 
Pn Rosetti yang merupakan Guru Bahasa Inggeris SMKTM
majlis dipengerusikan oleh PN HASLINA

Penyerahan tugas kepada editor dan wartawan

news talk

Monday, April 25, 2011

LAPORAN KARNIVAL PSS

Karnival PSS telah dapat dijalankan dengan sempurna. Malah penyertaan daripada pelajar juga amat menggalakkan. Terutama dalam pertandingan membaca berita dan membuat karangan. Ternyata aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya dijalankan untuk para pelajar, selain mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang menjurus ke arah peperiksaan, aktiviti yang boleh mencungkil bakat dan sedikit sebanyak membina tahap keyakinan diri juga wajib diteruskan. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan karnival Pusat Sumber 2011...Tahniah juga kepada adik Zuliana dari tingkatan 5sc1 yang telah dinobatkan sebagai PSS SMKTM IDOL..

Diharapkan pada tahun hadapan, karnival PSS akan lebih mendapat sambutan dan menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang lebih menarik...
terima kasih...




daripada
Rahmah
Cik Rahmah
Pengarah Karnival PSS 2011

Friday, April 8, 2011

KARNIVAL PUSAT SUMBER

PSS SMK TAMAN MOLEK  akan menganjurkan Karnival Pusat Sumber bermula pada 18 hingga 22 April 2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan memberi peluang pelajar ubtuk mencari pengalaman dan menambah ilmu pegetahuan. Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan.



Sunday, April 3, 2011

Pemantauan dari UITM

Pada Bulan Mac yang lepas, PSS SMKTM telah menerima lawatan dan pemantauan daripada pihak UITM.
hasil daripada pemantauan tersebut, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan PSS SMKTM lebih maju dan berkualiti pada masa akan datang.



Saturday, April 2, 2011

TOKOH NILAM 2011

SMKTM telah melahirkan seorang tokoh NILAM yang telah berjaya membaca 1071 buah buku..
beliau juga telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah 2011.

Berikut adalah biodata beliau:

NAMA          : LOSHENE A/P SUNDAR
TINGKATAN       : 4SN 1
TARIKH LAHIR   : 13 APRIL 1994
TEMPAT LAHIR  : JOHOR BAHRU
BIL ADIK BERADIK   : ANAK PERTAMA DARIPADA 2 BERADIK.

PENCAPAIAN PMR 2009    : 5A 2B

PRINSIP HIDUP  : SENTIASA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP, HANYA ILMU BOLEH MENGUBAH HIDUP YANG CEMERLANG.

PENCAPAIAN NILAM ( 2007- 2009 )
TAHUN
TINGKATAN
JUMLAH
BACAAN
PENCAPAIAN
2007 ( 1A2 )
225
EMAS
2008 ( 2A2 )
789
NILAM
2009 ( 3A2 )
1544
NILAM


Tuesday, March 1, 2011

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana Pusat Sumber Smk Taman Molek telah berjaya 
menghasilkan laman blog yang diharapkan dapat memberi pelbagai informasi dan maklumat yang berguna.

Kepada Guru-guru Pusat Sumber SMKTM, diharap dapat menyumbangkan sepenuh tenaga untuk meningkatkan lagi kualiti Pusat Sumber agar seiring dengan kehendak pengguna terutama para pelajar.

Pihak PSS juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke PSS kami dan memberikan komen-komen berguna dan membina demi kebaikan bersama.

akhir kata, 
Selamat Datang Ke Blog Kami,
Harap dapat memberi informasi