Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris dan ASTRO
PUSAT SUMBER SMK TAMAN MOLEK
Friday, October 19, 2012
OH MY ENGLISH
Panitia Bahasa Inggeris SMKTM telah bekerjasama dengn ASTRO bagi menjayakan program OH MY ENGLISH.. Aktiviti telah membuka ruang kepada pelajar untuk menguasai bahasa inggeris dengan mudah..
Tuesday, October 9, 2012
PMR 2012
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PMR 2012
SEMOGA KALIAN DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG SETERUSNYA MENCAPAI
KEPUTUSAN CEMERLANG BAGI MENINGKATKAN LAGI PENCAPAIAN SMKTM...
Monday, April 16, 2012
PERASMIAN SEKOLAH DALAM TAMAN
Perasmian sekolah dalam taman adalah bertujuan untuk menghidupkan keindahan sekolah sebagai sumber maklumat. Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pengetua SMKTM Encik K.Tamilvanthan.
Penyerahan pokok-pokok bunga adalah sebagai simbolik perasmian.
Selain itu, pihak pusat sumber juga menganjurkan aktiviti kitar semula yang menggalakkan pelajar menghasilkan sesuatu menggunakan barangan terpakai.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada piahk-pihak yang tyerlibat
Monday, April 9, 2012
PERASMIAN KARNIVAL PUSAT SUMBER & MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
Alhamdulillah kerjasama antara Pusat Sumber SMK Taman Molek dan Panitia Sains dan Matematik telah dapat menjayakan karnival Pusat Sumber & Minggu sains dan Matematik.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan pelajar. antaranya ialah Saintis muda, kuiz, pencarian tokoh NILAM, pembaca buku terbanyak, kuiz Pusat sumber dan banyak lagi..
tahiniah diucapkan kepada semua yang terlibat
Sunday, April 1, 2012
TAHNIAH
tahniah diucapkan kepada PSS kerana telah mendapat tempat ke3 dalam pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri JOHOR...
tahniah diucapkan kepada semua warga PSS...warga SMKTM yang banyak memberikan sokongan...
Saturday, March 24, 2012
karnival bahasa melayu
bermula pada 22- 24 mac yang lalu..
SMKTM telah menghantar beberapa orang wakil ke pertandingan
1. perbahasan
2. forum remaja
3. berbalas pantun
4. pidato
5. bicara berirama
setiap latihan dijalankan di PSS SMK Taman Molek..
dengan sokongan sekolah dan PSS..
peserta SMKTM telah berjaya melakar sejarah dengan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan forum remaja..separuh akhir perbahasan ala parlimen...suku akhir pantun dan tempat kelima bicara berirama...
tahniah diucapkan dan sekalung perhargaan untuk PSS SMKTM
Sunday, February 26, 2012
PELANCARAN NILAM 2012
Pada 24 Februari 2012..PSS Taman Molek telah melancarkan Program NILAM bagi sesi 2012..
Pelancaran telah dirasmikan oleh Tn Pengetua SMK Taman Molek..En K.Tamilvanthan...
Bertempat di Dataran SMK Taman Molek...
ATURCARA MAJLIS
1) BACAAN DOA ( SAUDARA MOHD ASYRAF BIN
ZAINI (5SC3)
2) UCAPAN PENGERUSI (CIK RAHMAH)
3) PENGETUA MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN
MELANCARKAN PROGRAM NILAM
4) GIMIK NILAM GURU ( SIMBOLIK
PENYERAHAN BUKU NILAM GURU)
- PUAN
NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA PUAN MAIMUNAH.
5)
GIMIK NILAM PIBG ( SIMBOLIK PENYERAHAN BUKU NILAM LENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG)
- PUAN
NIK MASTURA SAMPAIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG
6) SIMBOLIK PENYERAHAN BAUCER KEPADA KOPERASI
- PUAN
NIK MASTURA SAMPAIKAN KEPADA CIK MIMI IZEANTI
7) PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PEMBACA BUKU TERBANYAK
-
NURHASYIMA
5SC1 (980 BUAH)
-
LIM
MEI ROU 5SC1 (430 BUAH)
-
NURFAIZATUL
HUDA 5T2 ( 250 BUAH)
8) PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH NILAM 2011
-
NURHASYIMA
5SC1( Tempat Ketiga Tokoh Nilam Peringkat daerah)
9) PENYAMPAIAN SIJIL GURU
Monday, February 20, 2012
BERJAYA KE PERINGKAT SETERUSNYA
alhamdulillah, PSS Taman Molek berjaya terpilih untuk ke peringkat seterusnya....
terdapat banyak penambahbaikan perlu dijalankan...semoga PSS lebih mantap dari sebelum ini....
pemantauan kali kedua dijangka akan berlangsung pada 29 Februari 2012,
diharap semua guru PSS dan guru SMK Taman Molek dapat melakukan yang terbaik ;-)
Wednesday, February 15, 2012
PEMANTAUAN PSS CEMERLANG
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
semua guru PSS dapat pengalaman yang begitu berharga..
semoga apa yang diperolehi daripada pengalaman ini..akan digunakan bagi penambahbaikan pss agar lebih maju dan seiring dengan pss yang lain..
SESI TN PENGETUA MEMBENTANGKAN LATAR BELAKNG SEKOLAH DAN PSS
RUMUSAN PEMANTAUAN (POST MOTERM)
GPK 1, PN MAIMUNAH, MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PANEL |
TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU YANG BANYAK MEMBERI KERJASAMA, TANPA KERJASAMA TIADA KEJAYAAN YANG AKAN TERHASIL...TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA...
Saturday, February 11, 2012
PEMANTAUAN PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI BANDAR
Pada 15 Feb 2012, PSS SMKTM telah dipilih menyertai PERTANDINGAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR KATEGORI BANDAR.
diharapkan, segala usaha yang telah dijalankan selama ini akan membuahkan hasil...
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PEMANTAU....
Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Pasir Gudang 2012
SMKTM telah menghantar 2 orang tokoh nilam ke pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Daerah.
salah seorang peserta telah mendapat tempat ketiga iaitu saudari Nurhasyimah
tahniah diucapkan
Pelancaran NILAM 2012
2 FEB 2012 (Khamis)
Pelancaran NILAM peringkat sekolah 2012
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan amalan membaca
Tuesday, January 3, 2012
SELAMAT KEMBALI KE PSS
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Kembali ke SMKTM
Selamat Kembali ke PSS SMKTM
kepada Guru-guru PSS tahun 2012,
selamat kembali dan selamat menjalankan tugas
semoga amanah ini dapat ditunaikan dengan sempurna...
PENAUNG (PENGETUA)
GPM
NILAM
Pn Tan Shir Li
Cik Rahmah Rahmat (Ajk Blog)
KECERIAAN & KEBERSIHAN
Pn Norashikin
Pn Norzarita
Cik Nurul Afiszah
BILIK TAYANG
En Hasanul
Cik Irma Irdawati
En Shahril
En Izi Nasuriddin
PERPUSTAKAAN
Pn Mariana
Pn Noor Emlia
Cik Oo Shin Thian
Cik Khadizah
Pn Siti Suwaidah
AKTIVITI & KEBAJIKAN
Pn Wan Saidatul Maisarah
Cik Khadizah
BULETIN
Cik Irma Irdawati
En Shahril
Friday, December 30, 2011
Penerbitan Majalah ILHAM 2011
PSS SMKTM telah berjaya menerbitkan majalah ILHAM 2011, hasil kerjasama sidang redaksi SMKTM
SIDANG REDAKSI MAJALAH ILHAM 2011
Wednesday, November 30, 2011
JUTAAN TERIMA KASIH
Jutaan Terima Kasih kepada Pengawas PSS SMKTM sesi pagi dan petang yang banyak membantu dalam menguruskan PSS SMKTM.
Pengawas PSS sesi pagi
Pengawas PSS sesi petang
Wednesday, August 10, 2011
PELANCARAN EVOLUSI
Satu lagi kejayaan telah dicipta, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber SMKTM telah menerbitkan majalah Evolusi. Penerbitan ini telah berjaya memberi peluang kepada para pelajar dalam bidang editor dan kewartawanan. Pasukan Evolusi ini adalah hasil bimbingan En Izi Nasuriddin, Pn Komala dan
Cik Rahmah.
Para pelajar dapat melahirkan idea mereka dalam penghasilan karya dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri berdepan pelbagai situasi.
Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu, Pusat Sumber, Guru Penasihat , para pelajar serta Sidang Evolusi 2011
Friday, July 29, 2011
Sistem Pengautomasian
Pss SMK Taman Molek telah menggunakan S-Lib V1001 iaitu Sistem peringkat asas untuk sekolah rendah dan menengah
Pada bulan Mac 2011 PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku.Perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku. Perisian ini telah beroperasi pada bulan Julai. Guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman di Bilik Tayangan PSS SMKTM.
Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS. Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.
Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SMKTM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SMKTM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:
1. Menambah bilangan komputer.
2. Menggiatkan promosi menarik minat pengguna
3. Menambah kecekapan Pembantu PSS
4. Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.
5. Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.
Thursday, July 14, 2011
PAMERAN BUKU
selain menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti karnival dan pertandingan, pihak PSS SMK Taman Molek juga telah menganjurkan npameran buku bagi memudahkan para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan dengan harga berpatutan. selan itu, para pelajar juga akan terdedah dengan bahan-bahan bacaan terbaru.
Friday, June 17, 2011
PELANCARAN NEWS TALK
Satu lagi kejayaan telah dicipta oleh pelajar-pelajar SMKTM dengan kerjasama PUSAT SUMBER SMKTM..News Letter telah diterbitkan bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bidang penulisan dan kewartawanan..Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn Haslina dan
Pn Rosetti yang merupakan Guru Bahasa Inggeris SMKTM
majlis dipengerusikan oleh PN HASLINA
Monday, April 25, 2011
LAPORAN KARNIVAL PSS
Karnival PSS telah dapat dijalankan dengan sempurna. Malah penyertaan daripada pelajar juga amat menggalakkan. Terutama dalam pertandingan membaca berita dan membuat karangan. Ternyata aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya dijalankan untuk para pelajar, selain mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan yang menjurus ke arah peperiksaan, aktiviti yang boleh mencungkil bakat dan sedikit sebanyak membina tahap keyakinan diri juga wajib diteruskan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan karnival Pusat Sumber 2011...Tahniah juga kepada adik Zuliana dari tingkatan 5sc1 yang telah dinobatkan sebagai PSS SMKTM IDOL..
Diharapkan pada tahun hadapan, karnival PSS akan lebih mendapat sambutan dan menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang lebih menarik...
terima kasih...
daripada
Rahmah
Cik Rahmah
Pengarah Karnival PSS 2011
Friday, April 8, 2011
KARNIVAL PUSAT SUMBER
PSS SMK TAMAN MOLEK akan menganjurkan Karnival Pusat Sumber bermula pada 18 hingga 22 April 2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan memberi peluang pelajar ubtuk mencari pengalaman dan menambah ilmu pegetahuan. Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan.
Sunday, April 3, 2011
Pemantauan dari UITM
Pada Bulan
Mac yang lepas, PSS SMKTM telah menerima lawatan dan pemantauan daripada pihak
UITM.
hasil daripada pemantauan tersebut, terdapat beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan PSS SMKTM lebih maju dan
berkualiti pada masa akan datang.
Saturday, April 2, 2011
TOKOH NILAM 2011
SMKTM telah melahirkan seorang tokoh NILAM yang telah berjaya membaca 1071 buah buku..
beliau juga telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah 2011.
Berikut adalah biodata beliau:
beliau juga telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah 2011.
Berikut adalah biodata beliau:
NAMA : LOSHENE A/P
SUNDAR
TINGKATAN :
4SN 1
TARIKH LAHIR :
13 APRIL 1994
TEMPAT LAHIR :
JOHOR BAHRU
BIL ADIK BERADIK :
ANAK PERTAMA DARIPADA
2 BERADIK.
PENCAPAIAN PMR 2009 :
5A 2B
PRINSIP HIDUP :
SENTIASA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP, HANYA ILMU BOLEH MENGUBAH HIDUP YANG
CEMERLANG.
PENCAPAIAN
NILAM ( 2007- 2009 )
TAHUN
TINGKATAN
|
JUMLAH
BACAAN
|
PENCAPAIAN
|
2007 ( 1A2 )
|
225
|
EMAS
|
2008 ( 2A2 )
|
789
|
NILAM
|
2009 ( 3A2 )
|
1544
|
NILAM
|
Tuesday, March 1, 2011
Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana Pusat Sumber Smk Taman Molek telah berjaya
menghasilkan laman blog yang diharapkan dapat memberi pelbagai informasi dan maklumat yang berguna.
Kepada Guru-guru Pusat Sumber SMKTM, diharap dapat menyumbangkan sepenuh tenaga untuk meningkatkan lagi kualiti Pusat Sumber agar seiring dengan kehendak pengguna terutama para pelajar.
Pihak PSS juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke PSS kami dan memberikan komen-komen berguna dan membina demi kebaikan bersama.
akhir kata,
Selamat Datang Ke Blog Kami,
Harap dapat memberi informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)